Tentang Penulis

Assalamu’laikum dan Salam Sejahtera buat semua…

Selamat Datang ke blog ini. Jika ini merupakan kunjungan anda buat pertama kali, saya jemput untuk Bookmark blog ini. Moga perkongsian saya di blog ini bermanfaat buat kita semua. 

Saya Muhammad Haniff bin Hashim. Saya merupakan seorang penceramah motivasi dan agama, corporate trainer, penulis dan perunding unit amanah/ bullion emas.

Sebelum mengambil keputusan mendirikan konsultan perundingan latihan sendiri sejak 2020, saya telah bersama dengan sebuah syarikat American-Japanese bertugas sebagai jururekabentuk kejuruteraan elektrik selama lebih 10 tahun.

Hasrat saya ingin menjadikan blog ini untuk berkongsi pengalaman yang saya ada dan sekelumit ilmu yang harapnya dapat membantu sesama kita dalam membina kerjaya, keluarga dan diri kita lebih baik hari demi hari. 

Boleh hubungi saya atau dapatkan profil lengkap saya dengan klik di sini.