Tentang Penulis

Assalamu’laikum dan Salam Sejahtera buat semua…

Selamat Datang ke blog ini. Jika ini merupakan kunjungan anda buat pertama kali, sudilah kiranya anda Bookmark blog ini. Mana tahu banyak yang anda boleh perolehi melalui blog ini. Insya-Allah.

Saya Muhammad Haniff bin Hashim. Demikian nama yang dikurniakan kedua ibu bapa. Saya merupakan penulis blog ini, yang diberikan nama Hipnosis Minda. Saya dilahirkan di Kuala Lumpur. Pasukan bola sepak kegemaran pula ialah Kedah FA.

Blog ini sebenarnya telah lama ada sejak tahun 2015 lagi. Pada mulanya saya buat sebagai assignment ketika mengambil kursus Professional Diploma in Internet Business & Marketing Strategies di Open University Malaysia (OUM). Ketika itu kami menuntut dengan jutawan internet Malaysia, Tuan Irfan Khairi. Namun oleh kerana kekangan masa ketika bekerja, saya melupakan dan terlupa untuk menulis dalam blog ini.

Namun bermula pada tahun ini, sejak 1 Januari 2020…saya telah berhenti kerja dan bercadang untuk menumpukan perhatian dalam bidang perundingan motivasi dan latihan. Akan tetapi takdir Allah penentu segala, dunia dilanda wabak COVID-19 pada awal tahun ini. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 di Malaysia menyebabkan semua sentiasa di rumah, termasuk saya. Jadi teringat saya semula kepada blog ini. Mengambil kesempatan masa terluang ini, mudah-mudahan menjadi titik tolak untuk saya istiqamah berkongsi sedikit ilmu dengan masyarakat sekadar apa yang saya tahu dan pelajari.