Seminar/ Bengkel

SEMINAR MEMBINA PEMIKIRAN CEMERLANG & BAHAGIA (Developing a Success & Happiness Mindset)

PENGENALAN :

Pada hari ini, kecemerlangan akademik adalah ukuran utama pencapaian seseorang pelajar dalam sistem pendidikan kita hari ini. Malahan pencapaian itulah yang paling diberikan fokus oleh para ibu bapa dan pensyarah. Malah ditambah lagi dengan kecemerlangan ko-kurikulum yang menjadi merit tambahan untuk dicapai oleh para pelajar. Maka pelajar yang ketinggalan dalam akademik dan ko-kurikulum akan terpinggir dari arus perdana ke peringkat yang lebih tinggi.

Adakah sistem pendidikan kita, menunjukkan jalan kepada pelajar yang kurang cemerlang akademik dan ko-kurikulum untuk menempuh masa hadapan yang cerah? Atau masa hadapan mereka akan kurang sinarnya?

Betulkah dan wajarkah semua pelajar yang cemerlang WAJIB menjadikan kerjaya profesional seperti doktor, jurutera, akauntan dan sebagainya sebagai kerjaya masa hadapan mereka?

Perubahan zaman telah menyaksikan hari ini, bahawa mereka yang berjaya dalam kehidupan; berada di puncak kejayaan samada dalam bidang pentadbiran, pendidikan, perniagaan dan pelbagai bidang lagi…di luar negara dan di dalam negara kita sendiri adalah bukan dikalangan orang yang berpendidikan tinggi.

Oleh yang demikian, kita tidak lagi hanya boleh memberikan fokus kepada pelajar yang cemerlang sahaja… pelajar sederhana dan lemah juga perlu diberikan fokus. Golongan ini perlu dibimbing dengan fokus yang betul bersesuaian dengan kemampuan mereka.

Program ini diharap, dapat menyediakan para pelajar di setiap tahap pencapaian akademik untuk tetap MAJU ke hadapan. Seterusnya BERJAYA dalam hidup mereka dalam setiap perkara yang mereka lakukan.

“Visi tanpa tindakan, bolehlah dikatakan seperti bermimpi,

Tindakan tanpa visi pula, umpama peluru tanpa sasaran,

VISI dengan TINDAKAN yang wajar, boleh mengubah dunia.”

OBJEKTIF:

Program ini pada dasarnya bertujuan supaya para pelajar dapat:-
  • Menguasai kemahiran menetapkan matlamat SMART.
  • Mngetahui perbezaan “Kejayaan Sementara” vs “Kejayaan Hakiki”.
  • Mencipta “Right Mental Attitude” dalam diri setiap pelajar.
  • Menjadikan pelajar bertanggungjawab terhadap masa hadapan mereka sendiri, tanpa menunding jari kepada orang lain apabila mengalami kegagalan.
  • Mendedahkan pelajar kepada perubahan semasa yang berlaku dalam kehidupan realiti.

Siapa yang perlu hadir? – Pelajar, pensyarah (bilangan 100-150 orang)  

UNTUK MAKLUMAT LANJUT...Hubungi kami

KAEDAH PENYAMPAIAN :

  • Ceramah
  • Aktiviti individu/ berkumpulan
  • Demonstrasi
  • Kajian kes
  • Tayangan video
  • “Role-play”

 JANGKAMASA : 9.00a.m – 4.00p.m (sehari)

 PENCERAMAH UTAMA :

Azizam Abu Bakar, MBA

Profile

Muhammad Haniff Hashim, C.Ht

 

PROGRAM-PROGRAM YANG TERKANDUNG DALAM SEMINAR INI :

MODUL 1 : ICE BREAKING

  • Ke manakah arah tuju anda? Suatu falsafah.
  • Kelebihan mempunyai Matlamat & Impian.
  • Kegelisahan & ketakutan terhadap kegagalan.

MODUL 2 : SMART, LANGKAH MENETAPKAN MATLAMAT

  • Langkah 1: Be Specific
  • Langkah 2: Be Measurable
  • Langkah 3: Be Achievable
  • Langkah 4: Be Reasonable/ Relevant
  • Langkah 5: Be Time Bound
  • Mengenali “Vision Board” dan cara menyediakannya.

MODUL 3 : KERJAYA ANDA MASA HADAPAN?

  • Mengetahui peluang/ jalan menyambung pelajaran sehingga peringkat tertinggi.
  • Mengetahui kerjaya yang memberikan pulangan yang baik.
  • Berkongsi pengalaman sebenar (ikon-ikon yang boleh dijadikan inspirasi)
  • Memberikan idea “Milestone Chart” kepada para pelajar. (rancangan jangka pendek/ panjang)

 MODUL 4 : SEE YOU AT THE TOP.

  • 4 langkah memastikan matlamat anda tercapai (Plan, Do, Check & Action)
  • Analisa SWOT
  • Raih lebih banyak pencapaian, Jadi lebih bahagia dalam hidup.
  • Financial is crucial for your future – Learn to invest.

Kebanyakan daripada kita, samada pelajar, orang dewasa, usahawan dan sesiapa sahaja bergelut untuk mencapai IMPIAN. Kajian menunjukkan hanya kelompok MINORITI, yang terpandu dengan MATLAMAT mereka, yang berterusan menetapkan perjalanan ke arah IMPIAN mereka - adalah mereka yang mempunyai peluang cerah mencapai KEJAYAAN dalam hidup.

Mencapai IMPIAN untuk hidup BAHAGIA dan BERJAYA adalah matlamat seminar ini, di mana peserta akan didedahkan dengan beberapa proses : a) ketahui langkah-langkah yang perlu ikuti dan b) ketahui bagaimana mengaplikasikan langkah-langkah tersebut untuk mencorak kejayaan.

Comments are closed.