Hipnosis Minda

SALAM PERKENALAN

Salam sejahtera untuk semua…

Sebagai perkenalan kepada entry pertama blog ini, saya ingin memperkenalkan nama blog ini terlebih dahulu. Blog ini diberi nama Hipnosis Minda, sebagai simbol bahawa minda kita boleh diprogramkan untuk menjadi hebat!

Blog ini secara umumnya akan berkisar tentang motivasi, inspirasi, kejayaan, kebahagiaan, kekayaan dan perkara berkaitan pembangunan minda (khususnya hypnosis).

Saya akan kongsikan apa yang saya tahu dan maklumat yang saya perolehi melalui pembacaan atau seminar/ bengkel yang saya hadiri. Kisah-kisah yang berlaku sekeliling saya atau hasil pemerhatian saya. Mengapa perlu kongsi semua ini dalam blog? – Ya, jawapan kritis yang mampu saya beri… “Sharing is caring”. Hehe.

Jika anda dapati perkara yang bermanfaat daripada blog ini. Sudi-sudikan share link post blog ini ke mana-mana media sosial yang anda suka. Jika ada perkara yang salah atau silap saya kongsikan, mohon sudikan menegur kesalahan atau kesilapan saya itu.

Motivasi kepada saya adalah seperti makanan kepada tubuh badan kita. Tanpa motivasi, jiwa kita akan mati (Soul Zombie). Jika itu boleh dijadikan istilah. Soul Zombie adalah gambaran saya selalu berikan kepada peserta seminar sukses saya kepada mereka yang hidup tanpa motivasi. Saya menganjurkan seminar motivasi untuk pelajar institut pengajian tinggi, kolej, pusat matrikulasi dan lain-lain pusat pengajian. (Layari www.seminarsukses.net)

Titik tolak kenapa saya boleh terjebak dalam bidang motivasi ialah ketika saya GAGAL dalam pengajian ijazah saya di salah sebuah universiti awam di negara kita. Saya terpaksa bermula semula mengejar impian saya untuk menjadi manusia berjaya. Ini kerana kegagalan itu menjadikan diri saya berfikir saya seorang yang gagal. Jatuh, bangun saya ketika itu dan bermula eksplorasi saya mencari kekuatan diri… Saya bertemu dengan pelbagai program untuk menjadikan diri saya kuat untuk bangkit semula. Sebahagiannya sangat membantu, dan saya amalkan hingga kini. (Pengalaman kegagalan saya itu, saya kongsikan dalam sebuah buku bertajuk BLUR – terbitan Buku Puris, Galeri Ilmu)

Saya meminati Hypnosis, Neuro Linguistic Programming (NLP), Law of Attraction, Cognitive Behaviour Therapy dan Life Coaching. Saya mempunyai tauliah sebagai pengamal modaliti-modaliti tersebut dan mengikuti latihan secara aktif. Saya dapati dengan mempelajari kemahiran dalam modaliti-modaliti itu memberikan saya semangat dan perubahan sikap kearah yang lebih baik. Oleh itu, hasrat saya ialah untuk berkongsi dengan anda melalui tulisan dalam blog ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *