Hipnosis Minda

Hipnosis Minda

Apakah itu hipnosis (hypnosis)?

Apabila memperkatakan tentang hipnosis (hypnosis), pasti yang biasa akan disebut oleh para pengamal hipnosis atau hipnoterapi ialah keadaan tenang (ayat biasa yang akan digunakan dalam sesi hipnosis “relax”), fokus dan mendalami perasaan ketika sedang dihiposis “hypnotic state” atau “trance state”.

Bagaimana untuk menjelaskan kepada masyarakat awam hipnosis secara mudah? Saya hanya akan menjelaskan hipnosis adalah suatu kaedah yang digunakan untuk mendapatkan ketenangan minda dan memberikan cadangan kepada minda sesuatu perkara (tabiat, pengetahuan atau apa-apa cadangan untuk meningkatkan keupayaan diri) yang dikenali sebagai hipnoterapi (hypnotherapy).

Hipnosis + Terapi = Hipnoterapi

Mudahkan? Terapi minda untuk mengubah keadaan diri daripada baik kepada lebih baik. Sebagai contoh; anda seorang pekerja biasa yang pergi bekerja setiap pagi. Rutin anda menyebabkan potensi anda statik. Anda tidak suka kepada keadaan itu. Hipnoterapi memberikan anda “cadangan” untuk anda lebih bertenaga ketika di tempat kerja, meneroka pengalaman baru untuk meningkatkan potensi diri, positif apabila berjumpa dengan rakan sekerja dan lain-lain cadangan. Ia kemudian masuk ke dalam minda separa sedar anda dan menjadi “program” untuk diri anda. Setelah itu, menjelma sebagai tindakan.

Saya kongsikan definisi hipnosis mengikut beberapa pertubuhan berautoriti dalam hal ini untuk pemahaman anda…

Menurut American Psychological Association (APA) Division 30 – Society of Psychological Hypnosis, “hypnosis”:

A state of consciousness involving focused attention and reduced peripheral awareness characterized by an enhanced capacity for response to suggestion.

 Menurut Cambridge Dictionary pula:

A mental state like sleep, in which a person’s thoughts can be easily influenced by someone else.

 Dan menurut Human Services Division, US Department of Education:

Hypnosis is the by-pass of the critical factor of the conscious mind followed by the establishment of acceptable selective thinking.    

Melihat kepada definisi-definisi di atas, maka anda akan sedar bahawa hipnosis ini bermain dengan minda sedar dan juga minda separa sedar. Tetapi yang lebih utamanya adalah bagaimana menggunakan potensi minda separa sedar (subconscious mind) yang mana ramai pakar psikologi menyatakan bahawa minda separa sedar ini mewakili lebih kurang 90% daripada kuasa minda kita keseluruhannya. Potensi yang tidak dimanipulasi seluruhnya…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *