Hipnosis Minda

Belajar Berpencak Biar Berguru

Apabila saya memulakan untuk merekabentuk website dan blog saya sendiri, sebagai penjenamaan diri dan konsultan saya… Terus saya teringat kepada seorang mentor yang hebat mengajar saya tentang dunia IT ini. Sebelum ini saya bukanlah seorang yang mengikuti perkembangan dunia maya sangat. Sekadar menggunakan internet semasa menuntut di universiti untuk menyiapkan tugasan dan sedikit di alam pekerjaan sekadar email harian.

Namun semuanya berubah apabila saya mendaftarkan diri untuk mengambil kursus Diploma Profesional Perniagaan Internet & Strategi Pemasaran di Open University Malaysia (OUM). Program ini menampilkan Saudara Irfan Khairi sebagai pensyarah kepada program ini. Oleh kerana saya ingin mencari pendapatan tambahan tanpa perlu waktu bekerja yang tetap, maka perniagaan internet seperti suatu pilihan yang baik.

Maka saya mengikuti pengajian tersebut pada tahun 2014 dan konvokesyen pada awal tahun 2016. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru dan mentor saya ini, Saudara Irfan Khairi dan seluruh team IKSB – terutamanya CEO Saudara Razzi Rahman atas segala tunjuk ajar mereka. Akhirnya, walaupun bukanlah sehebat mana dalam dunia maya dan media sosial ini…sedikit sebanyak menjadikan saya insan yang ingin mencuba dan belajar perkara baru dalam dunia IT ini.

Saya perasan sesuatu perkara yang penting untuk setiap penuntut ilmu… Bahawa kita perlu ada guru dan mentor untuk mengajar dan membimbing kita. Dengan berguru, kita mempercepatkan proses pembelajaran. Banyak yang saya pelajari dalam masa setahun pengajian tersebut…daripada konsep asas perniagaan internet, website, blog, FB, Instagram, rekaan grafik, teknik cipta video sehingga kepada analisis pemasaran. Semua itu sukar untuk dipelajari melalui buku atau youtube semata-mata dan dalam waktu yang terhad.

Sejak dari itu, saya merasakan bahawa cara mudah untuk mempelajari perkara baru adalah dengan berguru… dan cara mudah untuk berjaya adalah dengan mendapat bimbingan mentor yang telah berjaya.

Bak kata pepatah:

“Who mentors you, determines who you become.”

Mudah-mudahan kita boleh menjadi seperti mentor kita dari segi pencapaian pada suatu hari nanti dengan berkat tunjuk ajar mereka. Melihat kejayaan mentor kita boleh menjadi pendorong untuk kita lebih berusaha dan mencapai kejayaan yang serupa pada masa hadapan.

Jika anda berminat dengan program Saudara Irfan Khairi, layari www.openedu.com.my.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *