5 Kebaikan Hipnosis (Hypnosis) Dalam Kehidupan Harian

Hipnosis (hypnosis) adalah suatu bentuk aplikasi untuk memaksimumkan fungsi minda. Ia adalah suatu proses mempelajari bagaimana untuk seseorang itu berkomunikasi dengan minda separa sedar (subconscious mind). Tujuannya adalah supaya minda sedar (conscious mind) dan minda separa sedar mempercayai perkara yang sama. Seterusnya memberikan impak paling berkesan dan positif terhadap diri kita.

Adakah anda mangalami tekanan perasaan (stress) yang melampau di tempat kerja?

Fikiran anda bercelaru dan anda hilang arah tuju untuk masa hadapan anda dan keluarga?

Anda inginkan perubahan dalam kehidupan anda setelah bosan dan penat dengan rutin harian yang sama?

Anda mempunyai masalah perhubungan/komunikasi?

Atau anda memerlukan terapi jiwa?

Barangkali anda boleh mencuba teknik ini yang telah di buktikan berkesan dalam terapi dan pendekatan klinikal.

Semasa proses hipnosis berlaku, anggota tubuh dan minda sedar berada dalam keadaan yang tenang. Sementara itu minda separa sedar pula akan ‘sedar sepenuhnya’ untuk menerima sebarang cadangan yang diberikan/ ditanam ke dalam minda.

Hipnosis (Hypnosis) adalah JAMBATAN yang menghubungkan minda sedar dan minda separa sedar.

Minda separa sedar adalah bahagian yang mengumpulkan emosi, imaginasi, memori dan juga gerak hati. Ia mengawal fungsi tubuh kita. Ia juga bahagian minda yang bermimpi… Barangkali juga jalan untuk mencapai kesedaran hakiki. Ia suatu bentuk pemikiran yang kita tidak dapat definisikan dengan tepat. Tetapi begitu mempengaruhi sebahagian besar hidup kita di dunia.

Adakah anda mengetahui, anda mempunyai minda separa sedar (subconscious mind)?

Adakah Hipnosis sejenis pukau?

Ramai di kalangan mempunyai kefahaman yang salah apabila mengaitkan hipnosis dengan pukau. Perlu saya tegaskan di sini, hipnosis bukanlah pukau. Hipnosis adalah suatu teknik untuk menguasai minda, sedangkan pukau adalah sejenis ilmu yang melibatkan sihir dan jampi serapah.

Banyak manfaat dapat diperolehi dengan mengaplikasi teknik ini. Antara kebaikan hipnosis untuk terapi adalah:-

1) Mengurangkan tekanan (stress).

2) Menghentikan tabiat merokok.

3) Mengurangkan berat badan.

4) Menghilangkan fobia terhadap sesuatu.

5) Membantu proses penyembuhan kendiri tubuh. (cth: migrain)

Selain daripada ini, hipnosis (hypnosis) dapat membantu dalam pelbagai perkara dalam hidup seharian kita ke arah pembaikan diri dan kehidupan kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *