Self-Hypnosis – Panduan Mudah
May 11, 2020

Kajian oleh Akhrun Musa (2012), mendapati bahawa rawatan alternatif hipnosis semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat di Malaysia. Taakulan ini berdasarkan kepada pelbagai kursus motivasi menggunakan teknik hipnosis dalam program mereka, disamping penubuhan persatuan-persatuan berunsurkan atau berlatar belakang teknik hipnosis atau hipnoterapi. Seterusnya beliau mengutarakan dua pandangan menurut perspektif Islam yang menerima serta mengharuskan penggunaan teknik rawatan hipnosis ini, dan pandangan yang menolak dan mengharamkan teknik ini kerana dikatakan bercampur dengan unsur-unsur pukau dan sihir. Menurut Adnan Yusufi (2017), penolakan teknik ini bersangkutan dengan fatwa Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz seorang ulama Arab Saudi yang terkemuka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *