Hipnosis Rawatan Alternatif Mental
May 10, 2020

Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 telah diwartakan pada 10 Mac 2016. Akta ini telah menjadi titik tolak kepada pengamalan rawatan alternatif yang profesional dan seterusnya mendapat pantauan pihak kerajaan. Kementerian Kesihatan Malaysia diberi tanggungjawab menggalas tugas penguatkuasaan bidang perubatan tradisional dan komplementari ini. Oleh kerana pelbagai rawatan alternatif yang wujud dalam masyarakat kita, pelbagai polemik juga timbul tentang keberkesanan rawatan dan juga faktor patuh syariah.

Tidak terkecuali juga hipnoterapi yang dikaitkan dengan hipnotisme yang dikatakan mempunyai unsur-unsur sihir untuk memanipulasikan minda separa sedar dan mempengaruhi individu lain melakukan sesuatu bukan atas kerelaan diri sendiri. Ini termasuk dakwaan penipuan penyerahan wang tunai tanpa rela, pecah masuk rumah, mencuri dan beberapa jenis kes yang dikira sebagai kes jenayah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *