Pengenalan Blog Hipnosis Minda.
May 8, 2020

Menurut Fjær, Landet, McNamara dan Eikemo (2020), mengakui bahawa rawatan komplementari dan alternatif di kalangan masyarakat Barat telah menjadi semakin popular hasil kajian mereka di 21 buah negara Eropah termasuk Israel. Manakala Harris, Cooper, Relton dan Thomas (2012), telah menjalankan kajian meliputi 15 negara termasuk USA, UK, Kanada, Australia, Norway, Israel, Denmark, Singapura, Jerman, Itali, Jepun, Malaysia, Arab Saudi, Korea Selatan dan Sweden, menunjukkan data terhadap rawatan komplementari dan alternatif tidak berubah sejak tahun 2000 dari segi tahap penerimaan masyarakat awam terhadap metodologi kualiti rawatan. Data perolehan yang stabil dalam kajian mereka, memperlihatkan masyarakat umum tetap menerima rawatan komplementari dan alternatif sejak lama walaupun pada era rawatan moden yang semakin canggih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *